Alhamdullillah..wish list 2013 yg paling besar angan-angan nak dapat dah jadi hak milikku. Beli dengan hasil titik peluh berkraf mmg feeling dia lain skit lerr..#moodhatiberbungabunga..Alhamdullillah..lepas ni kena lebih rajin menjahit dan yg paling best boleh jahit sulam. Memang dah lama berangan nk dapat ni. Syukur pada-Mu Ya Allah atas rezeki yang kau berikan. Tapi bila nak start buat tak pasti lagi sebab tgh study lagi manual dia..
Pakej yang sal beli ni adalah Pakej Orkid 950. Pakej ni akan berakhir pada 30 Oktober 2013 ni.
Tu yang rembat terus..memang berbaloi-baloi.
Ni Pakej nyer..Harga Asal RM5,334.70..promosi 51% tinggal RM2,599.00..Ada banyak lagi pakej promosi sehingga 30 Oktober ni..sapa yang nak cepat-cepat pergi beli..jgn tggu lagi, rugi tak beli!! hehe..
Buka-buka kotak mula2 kita ambik gambar dulu..hehe.. Jom tgk apa sal dapat untuk Pakej Orkid 950 tu..
Ini adalah mesin jahit Brother NV950E dan kesemua aksesori dalam promosi Pakej Orkid 950.
Penuh satu meja.. Memang Berbaloi-baloi.
Gambar lain menyusul kemudian yer.... Nanti kite berkenal-kenalan ngan aksesori dia sebab tuan dia pun nak citer habis khatam lagi cara nak guna.. hehe
Info: MESIN JAHIT :BROTHER NV-950
Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai.Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujukWikipedia tentang jenis USB ini.Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian.
No comments:
Post a Comment