Pada 14hb Disember yang lepas, kami buat family's camping di Bagan Lalang, Sepang. Tercapai gak hasrat Mr.Hubby nk berkhemah. Dia yang bg idea dan bersungguh nk buat. Nak habiskan masa cuti sekolah anak-anak. Awal cuti sekolah bulan lepas dan pergi Penang & tidur hotel. Kali ni nak lain dari yang lain jer...asyik nak sejuk jer tido dlm hotel, kali ni tido ngan nyamuk, dan nak rasa tido angin laut plak...hehehe. Baru adventure.. Sebelum tu perbincangan dalam whatsapp group family.. & lps sebulat suara pilih lokasi akhirnya lokasi dipilih di Bagan Lalang. Semua setuju nak join. Lepas2 tu semua semangat sembang dan buat perbincangan apa yang perlu dibuat.
Perkara pertama yang dibincang adalah khemah. Maklum le semua x penah berkhemah & mmg x der la khemah. So kena survey & beli. Mr. Hubby survey last2 beli kat Tesco jer..beli yang murah2 dulu sebab nk try je dulu. Bila dah pasang ok jer cuma x der tingkap..hehe. panas skit ar. Next time kena beli yang mahal skit.
Check list yang perlu dibawa adalah :
1. Khemah
2. Telekung sejadah
3. Alas tidur, bantal, selimut, kipas khemah
4. Mesi Meja
5. Papan Meja
6. Dapur gas
7. Payung
8. Liter
9. Tali
10. Air Mineral
11. Torch Light
Check list yang perlu dibeli adalah :
1. Arang
2. Ayam (3 ekor)
3. Ikan ( 3 kilo) beli lain-lain jenis ikan
4. Udang
5. Sosej
6. Cawan dan sudu plastik
7. Beras (5kg)
8. Bawang, cili, halia, serai
9. Minyak masak
10. Maggi
11. Kicap
12. Sos utk barbeque
13. Jaring pembakar
Peralatan Dapur
1. Rice cooker
2. Pisau dan kuali
3. Periuk
4. Lesung batu
5. Garam kunyit
Pembahagian tugas membawa dan membeli barang2 dibuat.. Saya kena bawak periuk sahaja..yg lain-lain org lain bwk & yg lebih2 tu kena bawak sendiri.hehe.
MEMANG SEMUA DAH EXCITED NAK PERGI CAMPING !!
Pagi Sabtu tu kami bertolak pkl 10 pagi, Kakakku Cekyang follow kami sebab tak tahu jalan. Pkl 11.30 sampai kt pantai. Kebetulan hari tu ada kenduri member ofis dan nasib baik rumah tak jauh dari tapak khemah kami. So lps sampai keluarkan barang dari kereta & hubby start nak pasang khemah. Senang jer...sambung2 dan masukkan besi2 jerr..pas tu jadi lah khemah..hehe.. Tak buat mmg le ckp senang, orang yang memasangnyer..smpi mandi peluh..haha.
Jom tengok gambar2 yang sempat diambil
Sory gambar dari blog hubby jer..copy & paste..x sempat & malas nk edit..hehe
Jom pasang khemah dulu..
Ini le dia rupe khemah kami..mengadap laut.. Petang tu ada acara permainan bola tampar & bola sepak pantai..Ya Allah..punyer le happening!! Lawak giler... Ada yang jatuh tergolek, terlentang, termeniarap..& byk lagi ter..ter..ter..nyer.. hahah. Gambar sekeping je ambil sbab semuat turun pantai main..Memang x blh luper lah aktiviti family mcm ni selain kenangan ia juga boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan..
Acara sukaneka utk kanak-kanak & bapak budak. Anak mama Akif & Aliah dapatlah juga menang acara. Acara yang dibuat simple2 jer..
- Acara istana pasir
-Acara tiup belon
-Acara lari kepit belon anak & bapa
- Acara tarian
Upacara penyampaian hadiah untuk semua. Hadiah-hadiah adalah berbentuk hamper dimana setiap family memang disyaratkan membawa 3 buah hamper tak kisahka apapun..Janji hadiah.. yang bestnyer semua dapat hadiah...nak seronokkan budak2 tuu..
Hadiah pemerhati terbaik pun ada tau...dimenangi oleh MAK saya....hehehe..
Apa yang penting KITA ENJOY!!!...Jumpa lagi tahun depan untuk gathering family yg lebih happening!!
mana gambo nyer..xde pun...
ReplyDeleteTak sempat nak upload lagi..hehe.
ReplyDelete