Friday, November 17, 2017

Tips mudah cara nak jump start kereta Showroom Car

Pernah tak korang hadapi situasi kereta korang tak nak hidup atau tak nak start disebabkan bateri weak / sejuk atau kong. Mesti gelabah je pepagi nak pergi kerja tiba-tiba kereta tak nak start kan.. Aku sebenarnya pernah dua kali rasanya alami situasi macam ni. Salah aku gak sebenarnya, tak jaga air bateri. By the way, bateri kereta aku masih pakai sel basah. Sel yang ada air tu. Kena monitor air bateri sepatutnya, seminggu sekali ok dah. Bukannya kering macam kita minum air..

Bila benda macam ni terjadi perkara pertama dalam kepala ???  Apapun korang jangan la panic. Jangan la start salahkan sesiapa.. Cuba korang guna kaedah Jump Start dulu.. Pastikan korang ada Jumper, jump equipment. Kena fikir minta tolong orang terdekat dulu untuk minta tolong Jump start kereta.. Keluarga yang duduk berdekatan ke, jiran-jiran rapat ke, alternative lain tahan orang awam ke.. Kalau takde orang sangat baru la call pomen or mechanic or Insuran. Tapi leceh la nak tunggu kalau urgent kan.

Okeh meh aku share sikit tips, cara nak jump start kereta ni. Situasi ni mungkin pernah korang alami. Terutama untuk pemandu wanita.


Okeh kalau tak boleh buka video korang boleh klik link ni.. Tips mudah cara nak jump start kereta Showroom Car.. Tak salah belajar, sekurang-kurangnya korang dah jimat duit charge tow, mekanik ke.. Kalau jump start pun tak boleh, mungkin bukan masalah bateri la tu..

Apapun pesanan buat diri sendiri dan pembaca sekalian, pantau la bateri kereta sekerap mungkin..

Terima kasih baca artikel ni, korang boleh subscribe Daus Redscarz Channel untuk video video lain..

Hobi menyelami dunia Dinosaurs Jurassic World dengan Aisy Faheem

Tak tau la kenapa Dinosaur yang dia minat. Haa itu la Aisy Faheem, umur baru dua tahun tapi minat kat Dinosaurs. Banyak gak nama-nama dinosaur Faheem hafal. Sekarang ni kalau tengok je dah tau nama dah... Bior le, dah Faheem minat kan... Antaranya Brachiosaurus, Triceratops, Stegosaurus, Ankylosaurs, Tyrannosaurus Rex... Fuhh aku pun tak ingat nama-nama dinosaurs ni..

Korang tengok sendiri la video ni siap viral lagi dalam Malaysia Networks...

Kalau tak boleh klik video korang boleh klik kat link ni.. Aisy Faheem dengan dunia Dinosaur dalam youtube..

Banyak lagi video Aisy Faheem main dengan Dinosaur Toys dalam youtube..

daus redscarz

Korang boleh tengok kat video channel kami.. SUBCRIBE channel Daus Redscarz.. 

Thursday, September 28, 2017

Mee Kolok sedap di Kuala Lumpur | Dapur Sarawak

Dah lama tak makan mee kolok Sarawak.. Teringin pulak.. Baru search kat google, mee kolok sedap kl, terjumpa artikel bawah ni. Fuhh terus nak pergi sana makan.




Kredit kepada blog Redscarz  Mee Kolok sedap di Kuala Lumpur | Dapur Sarawak

 Akhirnya jumpa jugak aku, mee kolok kat kuala lumpur ni. Dah lama aku cari kat mana ada mee kolok ni. Bukan susah apa pun, cuma nak cari mee kolok halal. Kalau yang non-halal tu banyak je kat Kuala Lumpur ni. Nak tau kat mana? Aku agak dah mesti korang nak tau jugak kan kat mana tempat ni. Nama restoran ni Dapur Sarawak. Biasa dengar tak, ke dah penah pergi? Okeh restoran Dapur Sarawak ni bersebelahan bangunan Hospital Tawakal jalan pahang. Tengok map ni. Senang je kalau nak gi sini.

Dapur Sarawak menyajikan makanan-makanan Sarawak, makanan yang famos kat Sarawak. Kalau orang Sarawak yang menetap kat Kuala Lumpur, Selangor ni, memang rekemended sangat la pergi makan kat sini. At least dapat la melepaskan rindu rasa makanan Sarawak.

Antara menu-menu yang ada kat Dapur Sarawak ni, mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, crispy mee sos tomato, nasi goreng dabai dan banyak lagi.

Air kalau feveret aku, "teh C peng" yang biasa bukan yang 3 layer. Hehe.. Memang nostalgia betul. Peng ni korang tau kan, ais.

Antara pengunjung-pengunjung yang datang ke restoran ni.

Okeh ni yang aku mula-mula pergi, aku order mee kolok biasa saiz besar (daging) dengan Teh C Special (3 layer). Yang sebenarnya aku nak oder Teh C peng je tapi tak jumpa kat menu. Rupanya aku cari kat bawah Signature Drink. Tak prasan ada kat sebelah. Teh C (susu cair).

Selang seminggu kemudian aku pergi lagi, Mee kolok special saiz besar pulak dengan Teh C Peng. Perghhh memang mantop!! Nyaman na juak mee kolok tok.Yang Mee kolok special ni ada ayam, daging dan udang. Lagi sedap.. Huh rasa macam nak repeat lagi la, nak try mee kolok goreng pulak, crispy mee sos tomato ... Nyummm.. Jommmm...

 Fuhh memang nampak sedap mee kolok ni..  Harus terjahhh..