Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

"Jiwa akan sepi tanpa Teman. Hati akan mati tanpa Iman. Semalam adalah pengalaman..Hari ini adalah kenyataan..Esok segalanya berkemungkinan.. Sucikan Hati, Jernihkan Fikiran"
 
Sedar tak sedar tahun 2013 telah meninggalkan kita. Begitu cepat putaran waktu berlalu. 
Apa yg telah berlaku dalam tahun lepas diharapkan dapat menjadikan diri lebih matang dalam
 menempuh liku2 kehidupan sebagai hamba-Nya. Diharapkan permulaan tahun ini kita diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki. 

InsyaAllah. Amin....




Sunday, December 29, 2013

Naik Belon..5 hari di Sarawak..

Pada 24-29 Dis yang lepas  pulang ke kampung suami di Kuching Sarawak. Aliah & Akif excited nak naik flight atau nama glamour naik belon..hehe. Alhamdullilah perjalanan pergi & pulang kami selamat. 



Tengok Akif muka x sabar nak naik flight..asyik tanya jer bila flight kiter nak sampai mama...adoi mcm le flight tu mama yang punyer.. Flight pulak delay setengah jam..sabo jelah.. 

Jom kiter naik!!! Yeahhh!!

Meh kakak pakaikan seat belt adik meh.. adoi x nak duduk diam. 

Dua-dua muka excited..


Mula-mula kakak & adik duduk sebelah..Asyik nak bergaduh le plak..Alahai anak..
Biar mama le duduk tengah. abis citer..


Jalan-Jalan Kuching Water Front

Cayang kakak ketat2...muaahh!


Yeah !! Nak bersilat ke Akif Danish oiii..hehe



Sayang kamu...

Jom duduk atas buaya..Kakak pegang kuat2..

Tak dapat naik Sarawak River Cruise posing jelah kt depan

Aksi muka Akif..kalau ambik gambar mesti buat muka..trade mark dia


Peace!!

Sampan tradisional Sarawak..boleh sewa naik tapi mama x kasi naik..
Babah & Aliah frust x dapat naik..hehe.


Jom makam mee kolok...

Jalan-jalan ke Serikin
Sempadan Indonesia-Sarawak..

Nak balik KL dahhhhh...





Balik dah...Selamat tinggal Kuching..Jumpa lagi tahun depan.
InsyaAllah..


Beg untuk Aliah..

 Akhirya dapat gak buatkan first bag untuk anak dara..lps ni boleh le try buatkan untuk tempahan plak..Banyak sangat idea yang terbuku dalam fikiran ni. Kain dan bahan2 lain semua dah beli.. Untuk tahun 2014 perlu ada kerajinan dan yang penting lebih masa untuk siapkan!!.. 


Wish list nak buat readymade thn depan..

- Pouch bag
-Pencil case
- Baby Comforter
-Pillow set
- Messanger Bag
-Sling bag
- whistlet bag



Thursday, December 19, 2013

Pilihan Kain Untuk Baby Quilt Comforter

Fabric selection for baby quilt comforter

Limited Design
100% Cotton
US Design

Sesiapa yang berminat boleh email ke mystitchycraft@gmail.com

Animal Zoo in Pink


Vehicle


Animal zoo in brown


Carterpiller


Pink Yellow Owl


Little Duckling

Ready made akan mula dibuat pada pertengahan bulan Januari tahun 2014..
Kena settlekan dulu hal2 sekolah anak2...

Wednesday, December 18, 2013

Family Camping @ Pantai Bagan Lalang, Sepang

Pada 14hb Disember yang lepas, kami buat family's camping di Bagan Lalang, Sepang. Tercapai gak hasrat Mr.Hubby nk berkhemah. Dia yang bg idea dan bersungguh nk buat. Nak habiskan masa cuti sekolah anak-anak. Awal cuti sekolah bulan lepas dan pergi Penang & tidur hotel. Kali ni nak lain dari yang lain jer...asyik nak sejuk jer tido dlm hotel, kali ni tido ngan nyamuk, dan nak rasa tido angin laut plak...hehehe. Baru adventure.. Sebelum tu perbincangan dalam whatsapp group family.. & lps sebulat suara pilih lokasi akhirnya lokasi dipilih di Bagan Lalang. Semua setuju nak join. Lepas2 tu semua semangat sembang dan buat perbincangan apa yang perlu dibuat.

Perkara pertama yang dibincang adalah khemah. Maklum le semua x penah berkhemah & mmg x der la khemah. So kena survey & beli. Mr. Hubby survey last2 beli kat Tesco jer..beli yang murah2 dulu sebab nk try je dulu. Bila dah pasang ok jer cuma x der tingkap..hehe. panas skit ar. Next time kena beli yang mahal skit. 

Check list yang perlu dibawa adalah :

1. Khemah
2. Telekung sejadah
3. Alas tidur, bantal, selimut, kipas khemah
4. Mesi Meja
5. Papan Meja
6. Dapur gas
7. Payung
8. Liter
9. Tali
10. Air Mineral
11. Torch Light

Check list yang perlu dibeli adalah :

1. Arang
2. Ayam (3 ekor)
3. Ikan ( 3 kilo) beli lain-lain jenis ikan
4. Udang
5. Sosej
6. Cawan dan sudu plastik
7. Beras (5kg)
8. Bawang, cili, halia, serai
9. Minyak masak
10. Maggi
11. Kicap
12. Sos utk barbeque
13. Jaring pembakar

Peralatan Dapur

1. Rice cooker
2. Pisau dan kuali
3. Periuk
4. Lesung batu
5. Garam kunyit

Pembahagian tugas membawa dan membeli barang2 dibuat.. Saya kena bawak periuk sahaja..yg lain-lain org lain bwk & yg lebih2 tu kena bawak sendiri.hehe. 

MEMANG SEMUA DAH EXCITED NAK PERGI CAMPING !!

Pagi Sabtu tu kami bertolak pkl 10 pagi,  Kakakku Cekyang follow kami sebab tak tahu jalan. Pkl 11.30 sampai kt pantai. Kebetulan hari tu ada kenduri member ofis dan nasib baik rumah tak jauh dari tapak khemah kami.  So lps sampai  keluarkan barang dari kereta & hubby start nak pasang khemah. Senang jer...sambung2 dan masukkan besi2 jerr..pas tu jadi lah khemah..hehe.. Tak buat mmg le ckp senang, orang yang memasangnyer..smpi mandi peluh..haha.

Jom tengok gambar2 yang sempat diambil

Sory gambar dari blog hubby jer..copy & paste..x sempat & malas nk edit..hehe


 Jom pasang khemah dulu..

Ini le dia rupe  khemah kami..mengadap laut.. Petang tu ada acara permainan bola tampar & bola sepak pantai..Ya Allah..punyer le happening!! Lawak giler... Ada yang jatuh tergolek, terlentang, termeniarap..& byk lagi ter..ter..ter..nyer.. hahah. Gambar sekeping je ambil sbab semuat turun pantai main..Memang x blh luper lah aktiviti family mcm ni selain kenangan ia juga boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan..

 Acara sukaneka utk kanak-kanak & bapak budak. Anak mama Akif & Aliah dapatlah juga menang acara. Acara yang dibuat simple2 jer..

- Acara istana pasir
-Acara tiup belon
-Acara lari kepit belon anak & bapa
- Acara tarian

 Upacara penyampaian hadiah untuk semua. Hadiah-hadiah adalah berbentuk hamper dimana setiap family memang disyaratkan membawa 3 buah hamper tak kisahka apapun..Janji hadiah.. yang bestnyer semua dapat hadiah...nak seronokkan budak2 tuu..

Hadiah pemerhati terbaik pun ada tau...dimenangi oleh MAK saya....hehehe..

Apa yang penting KITA ENJOY!!!...Jumpa lagi tahun depan untuk gathering family yg lebih happening!!


Tuesday, December 17, 2013

Pilihan kain utk tempahan

Fabric Selection

Ini adalah antara fabric terbaru sy.. Ni semua utk dijadikan set tilam kekabu baby...so ada sesapa nk chop mana2 kain dulu ke? Pls email me k.. So nanti bila dh siap trus jadik u punya.. Tp kna bayar booking/deposit dulu la..
Pilihan fabric untuk tempahan baby quilt comforter, sarung tilam & bantal, bag & pouch

Fabric terdiri daripada US Designer Cotton dan Japanese Cotton
Sangat lembut & selesa..

email : mystitchycraft@gmail.com atau
pm fb: https://www.facebook.com/mystitchy.craft 


Antara fabric design saya..Ni semua untuk dijadikan set baby comforter. Untuk buat ready stock..Tapi kalau ada yang nak request boleh pilih kain & email me for details...Sangat2 lembut & selesa. 
Design pun sangat2 comel. Saya tengok pun geram.

Ballerina (Pink)
Ballerina (Blue)
Baby Dino
Purple Floral

Retro Polkodot
Baby Elephant
Yummy Cupcake
Baby Wear 
Cars....
Little Garden

Kain Panel US Design akan di upload kemudian..

Tuesday, December 10, 2013

Bantal Baby Stoller Medina

Alhamdullillah siap satu lagi tempahan customer. Bantal bentuk stroller untuk majlis jukur jambul anak. Terima kasih kpd Pn. Fiezah kerana sudi tempah dengan msc untuk baby beliau Medina.

Nak macam-macam lagi bentuk bantal untuk baby & anak anda. 
Bolehlah  membuat tempahan, kami sedia merealisasikannya.. 

 Sebarang pertanyaan boleh email ke mystitchycraft@gmail.com atau 


Tempahan : Pn. Noorafiezah (Pahang)
Bentuk bantal : Baby Stroller 
Tema : Pink
Jenis kain : Flannel & cotton
100% Handmade