Wednesday, December 17, 2014

Sulam Baju Bowling

Tempahan dari Puspanita JPS KEJAPS untuk Bowling Tournament  
Sulam Logo di baju 
16 helai 

Walaupun tak berapa sihat.. gagahkan juga buat sikit-sikit. 
Mencabar betul sebab kena tukar-tukar warna benang .. akhirnya siap jugak. 
Alhamdullillah siap.. 

Untuk tempahan boleh pm ke facebook atau email ke mystitchycraft@gmail.com







Jom ke Discovria Avenue K..tengok Dinasour!!

Cuti sekolah kali ini berpeluang bawa anak-anak tengok dinasour. Punyalah excited budak-budak ni bila cakap nak pergi tengok dinasour. Tiap-tiap hari balik kerja mesti kira hari. Nampak sangat memang dah tak sabar dah. hehehe..

Ahad 31 Disember 2014 bawa anak-anak ke Avenur K.. Mama pun first time pergi sana. Rupanya tak jauh dari KLCC.. Bila dah sampai Akif macam biasa mmg tak sabar-sabar  nak masuk..tunggu jap Akif ambil tiket dulu..

Sebelum masuk ambil gambar dulu kat depan pintu masuk. Suka dengan pintu gerbang ni sebab diperbuat dari kayu pallet.. memang lama nak cari kayu ni sebab boleh buat macam-macam tau..Biasa kat kilang campak-campak je kat tepi jalan tapi semua nya yang buruk-buruk..  Kalau jumpa yang baru mau nak ambik jer dari reput kat tepi jalan.

 Takutnya...

 Bila dah masuk..semua kena pakai vest ala-ala forest ranger gitu... 
Lepas tu kiter tengok intro movie sikit...

 Aliah nak naik rock climbing nak ambil telur dinasour tapi x sampai-sampai.. separuh jalan jer.. gayattt. 
Akif tetiba jadi takut plak..

 Dinasour kejar kiter!! Larikkkk

 Paint ball..main tembak-tembak.. 

 Nampak tak cara akif  peluk dinasour tu sebenarnya dia takut duduk atas dinasour. 
Mula-mula masa masuk bukan berani sangat..pegang2 dinasour. tapi bila suruh naik atas dinasour takut plakkk...


Ada banyak lagi gambar boleh tengok kat blog babah http://redscarz.blogspot.com/2014/12/mengembara-ke-zaman-dinosaurs-discovria.html

Untuk parents di KL yang tak tau nak bawa anak cuti sekolah ke mana..Jom ke Discovria Avenue K.. Kalau biasa anak-anak tengok dalam buku atau tv je kan citer dinasour ni..kat sini mereka lebih dapat terokai dan mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu Dinasour..






Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau  (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi. 

Bagi yang mengutamakan teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang:www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan #DestinationMalaysia.

Sunday, November 9, 2014

Sukan Tadika Akif Danish

Sukan Tadika Pasti Akif
9.00 pagi -  3.00 Petang
Padang Batu 14, Hulu Langat

Hari ini nk cerita pasal anak-anak plak..Semalam tadika Akif buat sukan tahunan.. Akif dah excited cerita dari 2 minggu lepas dah. Sebelum exam akhir tahun lagi. Lepas exam hari tu dah sibuk buat latihan sukan..hehe. Akif apa benda pun semua dia excited lebih..mama yer kan je lahh..

Sukan akif bermula pukul 9.00 pagi sampai tengahari. Acara tak banyak pun tapi biasa ler dengan budak2 ni kan..banyak kerenah..ada jugak yang nangis termasuk le akif..

Acara yang akif masuk adalah acara susun tin. Ikutkan sekolah Akif dapat no. 3.. tapi entahla boleh plak cikgu tersepak masa nak tarik murid last pergi ke garisan penamat..habis tin2 tu jatuh balik..tapi cikgu tak ambil kira tu.. mungkin tak ada rezeki Akif dan kawan2..tak pe le next time sukan kiter try lagi yer..tp kat sekolah pra baru Akif ler...

Tapi yang tak bestnya padang tu basah.. tau le budak2 ni memang suka main ngan becak air.. tapi mama & babah memang biarkan jerrr bukan selalu kan. Zaman kanak-kanak sekali jer kan.. takkan lah nak tahan2.  anak nak buat apa2 yang diorang sukakan..asalkan kita sentiasa pantau mereka. Kita dulu pun mcam tu jugak kan?? hehe..

Tapi bila tengok balik kasut & baju sekolah..hahaha..rasa nak pengsan.. tak perrrr 'Daia' kan ada..

Selain dari acara sukan ada booth-booth dan acara yang dibuka antaranya adalah :


  • Pemeriksaan kesihatan
  • Jualan air dan makanan
  • Booth & acara gusti lengan
  • gelongsor angin kanak-kanak
  • Booth & acara memanah


Sempat le mama buat check up gula dalam darah, tekanan darah. Alhamdullillah ok cuma tekanan darah rendah sikit..

Jom layan gambar akif >>

 Tu dia anak mama dah start lari..

Susun jangan tak susun..Masa ni mama pun jerit sebut nama 
Akif..akif..akiff!! Cepatttt!!

dahhh..dahh.. pegi patah balik.. laju juga Akif lari ni..hehe


Akif dan kawan-kawan

Baby comforter US Panel - Animals

Tempahan Diana

Baby comforter Panel 
Tema :  Animals in zoo
Jenis kain : Kain panel US Design
Saiz panel : 110cm x 90cm
Harga : RM130 excluding postage

Comforter panel juga sesuai dijadikan playmat baby dan anak anda. Sesuai dari umur 0 bulan hingga 5 tahun.Is juga senang dibawa untuk travel dan boleh  dibasuh. 


panel animal's in zoo




Quilt panel in progress...bukan senang tau nak jahit patch kt panel ni dengan mesin portable comel sal tu dan fiber yang tebal lagi tu...fuuuhh..tp hasilnya macam gambar kt bawah ni..

Dan ini lah hasil jahit di panel.. 

Friday, October 31, 2014

Tutorial Bekas Tisu Comel - Majalah Humairah

Sudut Kreatif

Alhamdullilah kali ni dapat sekali lagi berkongsi ilmu bersama-sama dalam
 ruangan 'Sudut Kreatif' Majalah Humirah.
Jom buat sama-sama!!

Tutorial : Bekas Tisu Comel
Keluaran :Majalah Humairah
Edisi 3
Photographer : redscarz

Cover girl -Diana Amir








Kalau nak tahu semua ayat dalam majalah ni sal yang tulis tau..memang setiap keluaran yang lepas-lepas pun sal yang buat ayat.. Nampak gayanya editor majalah tu mmg suker le kan ayat-ayat sal ni..Cheh wahhhh..ada bakat jadi penulis tak?? hehehe.. Asal boleh jadi ayat orang faham sudah lerrr...


 Mudahkan? Jom buat sama-sama....

Monday, October 6, 2014

Comforter Bayi - Panel US Design

Comforter Bayi 
Kain : Panel US Design
Harga : RM 130.00
Tema : Transport (Baby Boy)
Saiz : 110cm x 90cm
Tebal Fibel : 1" - 1.5"


* harga tidak termasuk harga pos


Sold ( Booked)



Wednesday, September 17, 2014

Polkodot Retro Sling Bag

Sayang nak lepas... itu leh perasaan bila dah siap jahit beg ni.
 Apapun kena pos gak kat tuannya. Untuk diri sendiri nanti buat lain..

Polkodot Retro Sling Bag
Jenis Kain : Japanese Cotton
Saiz beg : 14" x 14"
Tali penyandang boleh dilaraskan. 

Harga : RM45 tidak termasuk harga pos





Bantal Hadiah Harijadi - Cupcake

Bantal hadiah harijadi
Cupcake applique

Ukuran : 15" x 15" (38cm x 38cm)
Material bantal : Cotton 
Material corak : Felt



Tuesday, August 5, 2014

Jahit langsir rumah - Mood Turqoise kalerrr..

Alhamdulillah lepas 2 minggu tertangguh jahit langsir sliding door rumah..semalam baru siap. sebelum ni siap satu jer... nak balik raya kampung ari tu langsir saya sebelah kaler lain2..hehe.. mmg target nak siapkan lps balik dari kampung.. Pilihan kali ini adalah warna Turqoise..tp tgk mcm nak kaler biru puna ada..x per lah yang penting siap

Seingat saya dah 3 kali tukar kaler langsir sliding door tu.. duduk situ pun dah 3 tahun. maknanya tiap2 tahun tukar langsir ye ler...tp tukar yang murah ker.. yg mahal masa mula2 masuk rumah baru. Lepas tu yang murah2 je sudahhh..tak nak membazir yang penting sedap mata memandang jerrr..

meh citer pasal langsir sliding door saya..



 mula2 masuk rumah langsir warna hijau olive + brown.. Mahal skit sebab kain mahal.
                      tempahan di Nagoya - Kos RM380++ x ingat dah..
Nasib baik rumah kecik jer..klau idok lagi tinggi kos nak tempah langsir..


2012- 2013 - langsir warna grey - tempah di Nagoya juga. semeter RM4.50.. cut cost..cut cost

ala-ala frozen gitu...


2013-2014 -  langsir warna turqoise - jahit sendiri
kain semeter RM 3 jerr....bajet murah jerr..

Kos hanya RM 40 okeyy..

lagi..lagi cut cost..cut cost !! hehe..


langsir korang mcm mana plak..jom share skit..

Sarung tilam & bantal bayi- Cars

Tempahan Maryati

Set Sarung Tilam
1 Sarung tilam 
2 sarung bantal bayi. 
1 sarung bantal karipap

Tema -  Cars
Tema Jenis kain- 100% cotton




Thursday, July 10, 2014

Tutorial bekas tisu mini comel...

Kali ini saya nk tunjukkan cara-cara membuat tisu case mini..ala tisu comel yang biasa kita guna & letak dalam handbag.

Sebenarnya tutorial ini telah pun keluar dalam Majalah Humairah bagi edisi Mei 2014 yang lepas. Alhamdullillah...dapat gak saya berkongsi cara-cara membuat tise case dengan pembaca.  Tapi majalah tu belum sampai lagi ke tangan saya...  Lepas ini bila dah dapat Majalah Humairah tu boleh lah masukkan dalam entry lain plak..

Jom kita tengok cara-cara membuat tisu case dengan mudah dan comel...Boleh buat untuk anak-anak dan sebagai hadiah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Gunting
  • Kain Felt berwarna warni
  • Jarum
  • Benang
  • Butang sebagai aksesori
  • Riben sebagai aksesori


1.   Potong kain felt berbentuk segi empat tepat dengan saiz mengikut ukuran tisu

2. Jahit keliling kiri dan kanan kain felt untuk kemasan. 
Jahitan boleh dibuat dengan jahitan tangan dan mesin


 3.   Gambar menunjukkan sisi kiri dan kanan kain felt yang telah dijahit.

 4.   Sambungkan hujung kiri dan kanan lain ke tengah seperi dalam gambar 
dan pinkan untuk kemasan

5.  Jahit  pula kiri dan kanan kain felt tersebut.

6.   Anda akan mendapat hasil seperti gambar di atas (bahagian dalam)

 7.   Terbalikkan kain felt yang dijahit tadi ke dalam dan anda akan dapat 
bahagian luar seperti dalam gambar.

 8. Bahagian belakang bekas tisu

9.   Hiaskan bahagian depan bekas tisu tersebut dengan bunga, butang dan riben
mengikut kreativiti anda.

 Taraaaa!..Hasil diy bekas tisu comel anda dah siap!! 
Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak bawa ke sekolah.

                                           Antara koleksi bekas tisu mini...Comel tak??