Thursday, July 10, 2014

Tutorial bekas tisu mini comel...

Kali ini saya nk tunjukkan cara-cara membuat tisu case mini..ala tisu comel yang biasa kita guna & letak dalam handbag.

Sebenarnya tutorial ini telah pun keluar dalam Majalah Humairah bagi edisi Mei 2014 yang lepas. Alhamdullillah...dapat gak saya berkongsi cara-cara membuat tise case dengan pembaca.  Tapi majalah tu belum sampai lagi ke tangan saya...  Lepas ini bila dah dapat Majalah Humairah tu boleh lah masukkan dalam entry lain plak..

Jom kita tengok cara-cara membuat tisu case dengan mudah dan comel...Boleh buat untuk anak-anak dan sebagai hadiah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Gunting
  • Kain Felt berwarna warni
  • Jarum
  • Benang
  • Butang sebagai aksesori
  • Riben sebagai aksesori


1.   Potong kain felt berbentuk segi empat tepat dengan saiz mengikut ukuran tisu

2. Jahit keliling kiri dan kanan kain felt untuk kemasan. 
Jahitan boleh dibuat dengan jahitan tangan dan mesin


 3.   Gambar menunjukkan sisi kiri dan kanan kain felt yang telah dijahit.

 4.   Sambungkan hujung kiri dan kanan lain ke tengah seperi dalam gambar 
dan pinkan untuk kemasan

5.  Jahit  pula kiri dan kanan kain felt tersebut.

6.   Anda akan mendapat hasil seperti gambar di atas (bahagian dalam)

 7.   Terbalikkan kain felt yang dijahit tadi ke dalam dan anda akan dapat 
bahagian luar seperti dalam gambar.

 8. Bahagian belakang bekas tisu

9.   Hiaskan bahagian depan bekas tisu tersebut dengan bunga, butang dan riben
mengikut kreativiti anda.

 Taraaaa!..Hasil diy bekas tisu comel anda dah siap!! 
Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak bawa ke sekolah.

                                           Antara koleksi bekas tisu mini...Comel tak??







5 comments:

  1. Comelnyer bekas tisu ni.. Kreatif.. :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya! saya memang suka kraf mcm ni, tapi malas nak jahit-jahit,...

    Salam perkenalan dari FAMF Tower
    done follow #66

    ReplyDelete
  3. tq Farrah.. sy malas gak sebenarnyer...hehe.jahit ikut mood

    ReplyDelete
  4. Cute!
    boleh order x?
    buat jgk x bekas kotak tisu yang besar?

    ReplyDelete
  5. Boleh klau nk order.. tisu case besar tu ada buat jugak. blh tgk kt label bekas tisu

    ReplyDelete