Ahad 31 Disember 2014 bawa anak-anak ke Avenur K.. Mama pun first time pergi sana. Rupanya tak jauh dari KLCC.. Bila dah sampai Akif macam biasa mmg tak sabar-sabar nak masuk..tunggu jap Akif ambil tiket dulu..
Sebelum masuk ambil gambar dulu kat depan pintu masuk. Suka dengan pintu gerbang ni sebab diperbuat dari kayu pallet.. memang lama nak cari kayu ni sebab boleh buat macam-macam tau..Biasa kat kilang campak-campak je kat tepi jalan tapi semua nya yang buruk-buruk.. Kalau jumpa yang baru mau nak ambik jer dari reput kat tepi jalan.
Takutnya...
Bila dah masuk..semua kena pakai vest ala-ala forest ranger gitu...
Lepas tu kiter tengok intro movie sikit...
Aliah nak naik rock climbing nak ambil telur dinasour tapi x sampai-sampai.. separuh jalan jer.. gayattt.
Akif tetiba jadi takut plak..
Dinasour kejar kiter!! Larikkkk
Paint ball..main tembak-tembak..
Nampak tak cara akif peluk dinasour tu sebenarnya dia takut duduk atas dinasour.
Mula-mula masa masuk bukan berani sangat..pegang2 dinasour. tapi bila suruh naik atas dinasour takut plakkk...
Ada banyak lagi gambar boleh tengok kat blog babah http://redscarz.blogspot.com/2014/12/mengembara-ke-zaman-dinosaurs-discovria.html
Untuk parents di KL yang tak tau nak bawa anak cuti sekolah ke mana..Jom ke Discovria Avenue K.. Kalau biasa anak-anak tengok dalam buku atau tv je kan citer dinasour ni..kat sini mereka lebih dapat terokai dan mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu Dinasour..
Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Bagi yang mengutamakan teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang:www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan #DestinationMalaysia.
Best sangat......
ReplyDelete